Trip ke Kedai Jackson

2 minggu lepas aku, Nuli ngan Reza gi la ke kedai Jakson untuk hantar lens masing – masing yang dah penuh dengan fungus. Reza nye fungus skit je, Nuli nye pun skit je … aku punya, macam roti terbiar. Fungus tak ingat.

So by this week, Nuli dah dapat balik lens dia (tak dapat clean 100% sbb lens kebal takleh nak bukak :P), Reza nye dah dapat gak tapi kena hantar balik sebab ada focusing issue dan aku nyer Alhamdulillah 100% bersih dan focus semua ok.

So tadi masa nak pickup lens dari si Jackson, sempat la membelek belek body 1Ds Mark … 1! Heheh.. Sempat jugak jumpa dengan brader Shairol yang tengah membelek belek lens 85mm f1.2. Belek punya belek, sempat la jugak testing testing shooting ngan lens tu. Kualiti toksah cakap aa, meleleh air liur tengok bokeh. DOF nipis gila, memang specialised lens designed for a very specific use. Kalau dah special tu, harga pun special la. Meleleh air mata tengok price tag. Takpe, cita cita mau ada …

30D, 35mm F2.0

Seperti biasa, Jackson jadi mangsa testing. 30D, 85mm F1.2

However, target aku membelek belek 1Ds tu sebenarnya ialah sebab nak tengok kualiti gambar dari lens 35mm aku kat body full frame dan selepas testing, memang lain terus dari APSc ni. There’s a certain quality from a full frame sensor that crop sensors just cannot duplicate.

Asyik muka Jackson je. 1Ds Mk1, 35mm F1.4

5D Mark2, takde ke sesapa nak hadiahkan kamu kat saya? Huhu..

Advertisements

About this entry